| Temuduga
KOSMO dengan Datuk Naim Mohamad
1. Bagaimana dengan perkembangan
LTdL 2008 setakat ini?
Semua persiapan dan perlaksanaan untuk menjayakan Le Tour de
Langkawi 2008 sedang berjalan dengan lancar. Ibu Pejabat sekarang
begitu sibuk dengan persiapan mengesahkan jadual penerbangan
pasukan pasukan dan juga pegawai pegawai antarabangsa termasuk
krew television luar negara dan juga wartawan asing yang akan
datang untuk membuat liputan mengenai perlumbaan ini. Pihak
teknikal juga sedang mengemaskini kelengkapan dan juga peralatan
yang diperlukan dan prasarana yang perlu di sediakan untuk perlumbaan
ini berjalan tanpa masaalah. Bahagian Hotel sudah didalam peringkat
terakhir untuk menyediakan panduan penginapan bagi semua peserta
dan juga sukarelawan. Pihak protokol sedang menghadiri mesyuarat
mesyuarat jawatankuasa penyelarasan di peringkat Negeri dan
Daerah bersama sama dengan bahagian acara sampingan. Bahagian
media sedang sibuk menguruskan tempat tempat pusat media di
setiap venue dan lokasi bermula dan tamat. Bahagian acara sampingan
juga dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan sedang mengatur
acara acara yang akan melibatkan penyertaan rakyat disepanjang
laluan LTDL 2008 ini.
2. Apa sebenarnya yang
berlaku sehingga menyebabkan laluan LTdL 2008 diubah sebanyak
empat kali?
Pada tahun lepas, kita telah bermula di
Langkawi dan melalui Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Trengganu,
Pahang, Selangor, Negri Sembilan dan berahir di Kuala Lumpur.
Laluan ini melibatkan terlalu banyak “transfer”
dan pasukan banyak telah memberikan pandangan agar pada masa
akan dating kita cuba elakkan.
Oleh kerana kita telah ke Utara dan Pantai
Timur, maka pada tahun ini kita memilih Kawasan selatan dan
tengah. Laluan akan melibatkan Negeri Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
Kuala Lumpur. Apabila ini telah dicadangkan, kita terpaksa memikirkan
pula bahawa tahun ini merupakan tahun Melawat Trengganu dan
juga tahun Melawat Kedah. Bagaimana kah negeri negeri ini akan
dapat diperomosikan melalui Le Tour de Langkawi. Jadi satu laluan
telah dicadangakan yang merangkumi Kedah dan Trengganu dan juga
mengambil kira kawasan Selatan tanah air. Tapi laluan ini melibatkan
“transfer” yang terlalu jauh. Ini disebabkan ada
tempat tempat yang kami tidak dapat tempat penginapan kerana
bertembung dengan Tahun Baru China
Pada akhirnya kami telah bersetuju kepada
laluan yang akan dapat memperomosikan Malaysia melalui agenda
nasional yang hendak diketengahkan dengan mengambil kira program
tahun melawat Malaysia yang telah dipanjangkan sehingga bulan
Ogos, 2008 dan juga program program Kerajaan yang besar saperti
Kawasan Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI) dan juga Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Kita juga secara langsung akan dapat mempamerkan
kawasan kawasan pantai yang indah, dari Penang ke Lumut ke Banting
ke Port Dickson dan Batu Pahat disebelah barat. Di sebelah Timur
kita melalui Bandar Penawar (Desaru), Tg Sedili, Mersing, Kuala
Rompin, Pekan dan Kuantan.
Didalam melaksanakan program ini kita
mengambil kira pandangan Kerajaan yang ingin melibatkan Kerajaan
Kerajaan Negeri membantu dan menyokong membiayai perlaksanaan
program memperomosi Negara melalui acara sukan ini. Dalam masa
yang begitu singkat, semua nya ini perlu dirundingkan dan mendapat
kata sepakat yang sudah sememangnya tidak mudah hendak dilaksanakan.
Setelah kita selesai mencadangkan laluan,
Stage 8 ia itu laluan Maran ke puncak Genting telah menimbulkan
masaalah. Daripada pandangan pihak Pengurusan Genting boleh
dilaksanakan, tetapi dari sudut Operasi Genting, mereka hanya
boleh memberi kita satu lane saja untuk naik ke atas dan itu
pun hanya ke Gotong Jaya tidak saperti tahun tahun lepas dimana
keseluruhan jalan telah ditutup. Dengan keramaian pengunjung
yang dianggarkan 150,000 orang dan berpuloh ribu kenderaan yang
akan berada di tempat peranginan itu, maka ini akan membahayakan
para pelumba dan juga kepada para pengunjung. Kita tidak boleh
mengabaikan keselamatan pelumba dan juga orang ramai. Dan oleh
kerana penamat di Gotong Jaya itu tidak merupakan satu cabaran
yang sengit, maka pihak Teknikal telah bersetuju untuk mencadangakan
penamat dipuncak Fraser yang walau pun tidak sehebat Genting
tetapi cukup mencabar untuk menjaga status Hors Classe yang
telah dinobatkan kepada LTDL.
3. Genting Highlands
yang menjadi mercu tanda LTdL sejak 12 tahun lalu tidak disenaraikan
dalam edisi tahun ini. Mengapa ia berlaku?
Ini saya telah terangkan dengan panjang
lebar dalam menjawab soalan yang terdahulu, didalam mana mana
kejohanan atau pun perlumbaan, laluan itu bukan lah satu perkara
yang tetap. Yang penting ia lah laluan itu mempunyai criteria
kesukanan yang akan memberikan peluang kepada para peserta menguji
kehandalan dan kecekapan serta kekuatan mereka. Biar lah kita
uji Fraser’s Hill pada kali ini dan dapatkan maklum balas
dari semua pihak salepas itu.
4. Adakah penguguran
Genting Highlands ini akan memburukkan imej LTdL pada masa hadapan?
Sudah tentu ini merupakan satu kejutan.
Maanusia memang sudah lali dengan keadaan tradisional dan amalan
sedia kala. Jadi apabila sesuatu perubahan diketengahkan maka
sudah tentu ada reaksi mereka. Perubahan kepada laluan Genting
Highlands tidak akan menjejaskan nama baik LTDL.
Nama baik LTDL bukan bergantung
kepada lauan semata mata atau khususnya Genting sahaja. Imej
LTDL ialah semua perkara yang melibatkan penganjuran, laluan,
hadiah, kepegawaian, promosi, persediaan prasarana, kemudahan
kemudahan, sambutan, liputan media dan sudah tentu banyak lagi
perkara yang diambil kira untuk menentukan sama ada LTDL menepati
status Hors Classe nya.
5. Bagaimana dengan reaksi
pasukan dan pelumba selepas mengatahui Genting Highlands digugurkan
daripada perlumbaan tahun ini?
Ramai peminat yang telah menghubungi saya
untuk memaklumkan bahawa mereka berasa kecewa, kita pun kecewa.
Tetapi kekecewaan kita tidak lah sepenting dan seberat keselamatan
orang ramai termasuk pelumba dan juga untuk menjaga supaya status
Hors Classe ini tidak akan lucutkan kerana kita tidak menjamin
keselamatan laluan untuk pelumba dan orang ramai. Mereka saya
minta berlaku adil untuk memberikan peluang kita mempamerkan
keindahan lain lain kawasan peranginan tinggi yang ada di Malaysia
ini.
6. Bagaimana pula dengan
reaksi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta penaja-penaja
yang lain.
Jawatankuasa Penganjur telah meneliti
cadangan pihak Pengurusan dan juga bahagian Teknikal dan telah
menerima nya dengan berat hati. Kita tak ada pilihan sebenarnya.
Di Stage 7 kita sudah berada di Kuantan. Bukit yang tinggi yang
boleh dipilih ialah Cameron Highlands. Nak sampai ke Cameron
Highlands tanpa melibatkan ”transfer” yang boleh
diterima oleh pelumba pelumba adalah satu perkara yang kita
telah timbangkan.
7. Bermula dengan 12
peringkat, peringkat LTdL dikurangkan kepada 9 tahun ini dan
ia mungkin menjadi 7 atau 8 tahun depan. Mengapa ia berlaku?
Ini semua bergantung kepada keupayaan.
Kail sejengkal jangan lah menduga lautan dalam. Jika dibiayai
oleh pihak persendirian atau penaja boleh lah ada seberapa banyak
peringkat yang mampu. Tetapi apabila kita membelanjakan wang
rakyat, kita perlu mengira pulangan nya kepada negara dan rakyat.
Kalau lapan peringkat telah memadai untuk mencapai tujuan dan
objektif memperomosikan negara, memasarkan destinasi pelancongan
dan juga membangunkan sukan berbasikal negara, maka sudah tentu
ini akan memberikan menafaat dan keuntungan yang lebih kepada
pelaburan Kerajaan. Pulangan yang setimpal diatas segala pelaburan
yang dibuat menjadi kriteria penting saya didalam melaksanakan
tugas dan tanggongjawab ini kerana saya akan diukur dari segi
pencapaian nya kelak. Bagaimana program ini akan dapat membangkitkan
semangat perpaduan penduduk berbilang kaum, penyertaan dan keuntungan
kepada masyarakat akar umbi, penjanaan pendapatan kepada masyarakat
pedagang setempat, menambah nilai, menambah ilmu dan juga memperhebat
kaedah sistem penyampaian khidmat.
8. Setakat ini, saya
difahamkan masih banyak pasukan belum mengesahkan penyertaan
sedangkan hari perlumbaan semakin hampir. Adakah benar dan mengapa?
Saya tidak tahu dimana saudara mendapat
maklumat itu, tapi maklumat itu tidak benar. Semua pasukan telah
dihubungi, semua pasukan juga telah sahkan penyertaan mereka
mengikut peraturan UCI, kita dah hantar ”enrolment form”
kepada mereka dan semua nya sudah pulangkan ”enrolment
form” mereka saperti yang dikehendakki ia itu 20 hari
sebelum tarikh mula perlumbaan. Tetapi kita tak dapat menerima
semua pasukan yang hendak menyertai LTDL kali ini, kita terpaksa
menolak pasukan pasukan dari Canada, England, Belgium dan Poland
yang hendak turut serta.
9. Meskipun ditaja sepenuhnya
oleh kerajaan, edisi tahun ini dilihat mengalami kesukaran dari
segi pengurusan dan sokongan pihak-pihak tertentu. Apa pendapat
Datuk?
Sebaik mungkin, Penganjuran LTDL
ini setiap tahun diputuskan awal sama ada hendak di usahakan
oleh Kerajaan atau pihak Swasta atau kerjasama antara Kerajaan
dan Swasta. Sebaik baik nya, perancangan dan persediaan dilakukan
apabila LTDL selesai ia itu bermula dari bulan March lagi. Supaya
laluan akan dapat dirundingkan dengan pihak berkuasa tempatan
dan juga negeri negeri supaya bantuan dan pembiayaan negeri
akan dapat dimasukkan didalam belanjawan negeri yang diluluskan
dalam Dewan Undangan Negeri biasanya dalam bulan September.
Cadangan penajaan juga perlu dirundingkan dengan pihak penaja
awal supaya sebelum mereka memperincikan belanjawan A &
P dan Peromosi mereka untuk tahun mendatang, program LTDL ini
akan dapat diselitkan dalam budget mereka. Pasukan pasukan terkemuka
dunia juga perlu diundang awal sebelum mereka membuat perancangan
latihan dan jadual pertandingan mereka.
Betul lah saya berjaya melaksanakan
nya dalam tempoh tiga bulan pada tahun lepas dan terpaksa bekerja
dua puloh empat jam. Nak menjayakan program sebesar ini dengan
diberikan masa dua atau tiga bulan bukan nya mustahil, insya
ALLAH boleh diusahakan. Tetapi banyak lah karenah nya, banyak
juga lah masaalah nya. Saya bersyukur dan terima kasih kepada
YB Menteri Belia dan Sukan kerana telah memberikan kepercayaan
kepada saya untuk berkhidmat kepada Negara dan rakyat Malaysia
melalui program ini. Sudah tentu nampaknya macam banyak perkara
yang belum selesai, tetapi semua nya dalam keadaan terkawal
dan mengikuti jadual perlaksanaan rajah kritikal (critical path)
yang telah disediakan. Ini semua dengan berkat dan kerjasama
semua pihak dan pengorbanan masa dan tenaga yang luar biasa
dari rakan rakan pengurusan saya. Pihak media juga memainkan
peranan yang tidak kurang penting nya untuk melaporkan perkembangan
dan juga penutupan jalan dan berita berita LTDL.
10. Akhir sekali, apa
harapan Datuk pada LTdL 2008 dan masa depan perlumbaan ini?
Alhamdullilah dengan berkat kerjasama
semua pihak, nampaknya segala yang dirancang dan diatur akan
dapat dilaksanakan dengan jaya nya walau pun ada masa masa yang
mencemaskan, tetapi dengan berkat kesefahaman semua pihak, masaalah
masaalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Sudah tentu
ada banyak lagi masaalah yang akan timbul yang perlu diselesaikan.
Kita akan berusaha sebaik mungkin dan melangkah kehadapan tapak
demi tapak dengan berhati hati.
LTDL baik untuk Negara dan pembangunan
sukan berbasikal Malaysia. Ia harus diteruskan untuk memperomosi
Negara. Apa yang kita boleh tambah yang sedang kita usahakan
pada tahun ini adalah bagaimana ia akan dapat menguntungkan
masyarakat setempat dan orang ramai. Perpaduan ada lah penting
bagi sesebuah Negara. Bagaimana program ini akan dapat menyemai
semangat perpaduan dan menjana pertumbuhan ekonomi akan menjadi
cabaran LTDL dimasa masa mendatang. Hasil dari LTDL didalam
penglibatan pelumba pelumba Negara dengan pasukan pasukan diseluroh
Dunia telah mencapai satu tahap yang memuaskan, ini perlu diperhebatkan
lagi. Nama Negara telah terjejas kerana kegagalan LTDL pada
tahun 2005 dan 2006, tetapi nama baik Negara telah dapat dipulihkan
diatas kejayaan penganjuran LTDL 2007. LTDL 2008 diharap akan
dapat menjulang nama Negara kearah kegemilangan.
|
BACK TO MAIN |
|