NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


30 warga negara berbeza sertai LTdL
Berita Harian, 1/2/2008

REKOD baru tercatat untuk saingan Le Tour de Langkawi (LTdL 2008) apabila lebih 30 warga negara berbeza akan bersaing dalam kejuaraan lumba basikal berprestij itu yang bermula 9 sehingga 17 Februari depan selain penyertaan jagoan lumba basikal dunia.

Ketua Pegawai Operasi Le Tour, Datuk Naim Mohamad berkata, berdasarkan senarai penyertaan awal membabitkan 150 peserta, Malaysia menghantar peserta paling ramai dengan 18 orang, diikuti Australia 17, Jepun 12, Itali 10 dan Perancis serta Jerman masing-masing mempunyai sembilan pelumba.

Selain itu, pelumba dari negara lain termasuk New Zealand, Hong Kong, Korea, Iran, Afrika Selatan, Indonesia, Sepanyol, Russia, Colombia, Switzerland, Kazakhstan, China, Mexico, Argentina, Belarus, Venezuela, Taiwan, Ireland, Britain, Moldavia, Belanda, Estonia, Belgium dan Amerika Syarikat.

Sejumlah 25 pasukan akan berada di garis mula di Alor Star 9 Februari ini iaitu Crédit Agricole, Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli, South Africa, Giant-Asia, Tinkoff, Skil-Shimano, Bouygues Telecom, Ag2r-La Mondiale dan CSF Group-Navigare.

Pasukan lain adalah, Karpin-Galicia, Team Type 1, NGC Medical-OTC Industria Porte, Gerolsteiner-Ista, Southaustralia.com-AIS, Meitan Hompo-GDR, Trek-Marco Polo, Azad University, LeTua, Polygon-Sweet Nice, Seoul Cycling Team, Malaysia Continental, Drapac-Porsche, New Zealand, Hong Kong dan Malaysia.

Sejumlah jagoan lumba basikal dunia turut disenaraikan dalam perlumbaan ini termasuk pelumba Itali, Alberto Loddo, yang memenangi lima peringkat saingan pada tahun lalu dan kini menunggang untuk Tinkoff.

Seorang lagi jaguh, Danilo Hondo dari Jerman, akan membuktikan pelaburan pasukan barunya, Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli berbaloi manakala veteran dari Britain, Jeremy Hunt akan mewakili Crédit Agricole.

Sementara itu, Proton yang menjadi penyokong setia LTdL mengukuhkan lagi komitmen mereka pada tahun ini. Dengan kemunculan semula pasukan Pro Tour berserta dengan sokongan padu Kementerian Belia dan Sukan, penganjur yakin acara pada tahun ini akan menjadi kejohanan yang paling cemerlang pernah dianjurkan sejak 1996.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite