NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
Press Releases


Matthieu Sprick ungguli hari pertama LTdL
Utusan Online, 9/2/2008

KEPALA BATAS – Pelumba Perancis, Matthieu Sprick (gambar) yang mewakili pasukan Bouygues Telecom menguasai peringkat pertama perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 yang berakhir di sini, semalam lapor WAN NAJIB WAN DAUD.

Pelumba itu juga berjaya memenangi jersi kuning Telekom Malaysia selaku juara keseluruhan dengan mengakhiri perlumbaan dalam masa 4 jam, 10 minit, 55 saat pada jarak perlumbaan sejauh 182 kilometer (km) yang bermula di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah.

Sprick menamatkan perlumbaan dengan kayuhan cemerlang apabila meninggalkan kelompok besar yang mengandungi 19 pelumba lain pada 3 km terakhir bagi merentasi garis penamat di tempat pertama.

Pelumba Jepun, Shinichi Fukushima dari pasukan Meitan Hompo-GDR pula muncul sebagai pelumba terbaik Asia keseluruhan dengan catatan masa 4:10.58s.

Dengan kemenangan itu dia turut berjaya menyarung jersi biru Proton untuk peringkat pertama.

Manakala jersi hijau Milo pula dimenangi oleh pelumba Australia yang mewakili pasukan Drapac Porsche, Mitchell Docker dengan catatan masa 4:10.58s.

Pelumba terbaik negara dalam perlumbaan semalam ialah Mohd. Rauf Nur Misbah (Malaysia) di tempat ke-20, diikuti Mohd. Sayuti M. Zahit (LeTua) di tempat ke-28, Anuar Manan (LeTua) di tempat ke-31, Mohd. Hariff Salleh (MNCF Development Team) di tempat ke-32 dan Ahmad Haidar Anuawar (LeTua) di tempat ke-33.

Dalam klasifikasi pasukan keseluruhan, Serramenti PVC mendahului pasukan lain dengan catatan keseluruhan 12:55.54s, diikuti pasukan Skil-Shimano dengan 12:55.54s dan tempat ketiga pasukan Team Type 1 dengan masa 12:55.54s.

Bagi kategori pasukan Asia, pasukan benua tempatan LeTua, mendahului tempat teratas dengan catatan jumlah masa 13:18.54s mengatasi pasukan Seoul Cycling dan Meitan Hompo-GDR.

Peringkat kedua hari ini akan bermula di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth dan berakhir di Sitiawan, Perak dengan jarak perlumbaan sejauh 159.7 km.

Seramai 145 pelumba akan meneruskan perlumbaan hari ini merangkumi tiga kawasan pecutan dengan laluan landai.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite