Asia dominasi peringkat ke-3
Utusan Online,
12/2/2008
BANTING - Pelumba-pelumba Asia
menunjukkan perkembangan dan prestasi yang cemerlang di peringkat
ke-3 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam.
Lima pemenang pertama bagi peringkat
tersebut disapu bersih oleh pelumba-pelumba dari negara-negara
Asia.
Pelumba pasukan Seoul Cycling,
Lee Won Jae menjadi johan dengan catatan masa 4 jam, 37 minit
dan 48 saat.
Pelumba dari Korea itu mengatasi
pelumba LeTua, Anuar Manan yang menduduki tempat kedua pada peringkat
tersebut dengan hanya perbezaan sebanyak 0.05 saat.
Pelumba dari China, Xing Yan Dong
pula berada di tempat ketiga dan diikut pelumba Jepun, Koji Fukushima
dan pelumba negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi.
Keputusan peringkat ke-3 itu masih
tidak mengubah kedudukan jersi kuning, iaitu jersi juara keseluruhan
LTdL 2008 yang kini masih dimiliki Pelumba Perancis, Matthieu
Sprick yang mewakili pasukan Bouygues Telecom.
Pelumba itu sebelum ini menguasai
peringkat pertama perlumbaan bermula di Masjid Zahir Alor Setar,
Kedah ke Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pada perlumbaan peringkat ke-3,
pelumba pasukan Meitan Hompo, Koji Fukushima melakukan aksi kejar
mengejar yang bersungguhsungguh untuk mendapat kedudukan yang
terbaik pada kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, pelumba dari Jepun
itu hanya menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Lee Won Jae melakukan breakaway
dan berada jauh di hadapan.
Lima pelumba berjaya menjarakkan
diri ketika perlumbaan berbaki 20 kilometer.
Kedudukan itu tidak lama apabila
lima pelumba tersebut berjaya dikejar semula kumpulan besar pelumba
di tiga kilometer terakhir.
Pecutan kedua di kilometer 130,
Anuar Manan berada di kedudukan pertama, diikuti oleh Xing Yan
Dong dan pelumba tempatan, Mohd. Fauzan.
<<
BACK
|