NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


Hondo juara peringkat ke-4
Utusan, 13/2/2008

BATU PAHAT - Kayuhan bertenaga pelumba Serramenti PVC, Danilo Hondo berjaya menewaskan pelumba -pelumba pasukan lain sekali gus muncul juara peringkat ke-4 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di sini semalam lapor HANIZA HASSAN.

Jika pada perlumbaan peringkat ketiga yang berakhir di Banting, Selangor, semalam, dia terpaksa akur apabila hanya menduduki tangga ke-9, namun kejayaan perlumbaan kali ini membolehkan dia untuk tersenyum bangga.

Hondo mencatatkan masa terbaik 3 jam 39 minit dan 53 saat untuk menamatkan kayuhan dari Banting ke Batu Pahat yang merentasi laluan landai sejauh 169.90 kilometer.

Bagaimanapun, juara peringkat ketiga, pelumba dari pasukan Seoul Cycling, Lee Won Jae, terpaksa akur kerana tidak berjaya meraih tempat dalam 10 pelumba terbaik.

Dalam perlumbaan peringkat keempat itu, tempat kedua berjaya diraih oleh pelumba dari CSF Group-Navigare, Maura Abel Richeze manakala tempat ketiga pula disandang oleh pelumba NGS-Medical-OTC, Marco Corsino.

Tempat keempat pula milik pelumba pasukan Bouygues Telecom, Aurlien Clerc dan tempat kelima pula disandang pelumba pasukan South African N.T, Nolan Hoffman.

Keempat-empat pelumba berkenaan turut mencatat masa yang sama dengan Hondo.

Keputusan peringkat keempat itu masih tidak mengubah kedudukan jersi kuning, iaitu jersi juara keseluruhan LTdL 2008 yang kini masih dimiliki Pelumba Perancis, Matthieu Sprick yang mewakili pasukan Bouygues Telecom sejak perlumbaan peringkat pertama.

Pelumba itu sebelum ini menguasai peringkat pertama perlumbaan bermula di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah ke Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sementara itu, pelumba pasukan Meitan Hompo, Shinichi Fukushima masih kekal dengan dengan jersi biru iaitu jersi pelumba terbaik Asia.

Pelumba LeTua, Anuar Manan masih lagi mengekalkan prestasi dengan tidak melepaskan jersi hijau iaitu jersi raja pecut ke tangan pelumba daripada pasukan lain.

Dalam perlumbaan kali ini, dua pelumba termasuk pelumba dari Malaysia, M. Zamani Mustarudin dan pelumba New Zealand, terjatuh 30 meter dari garisan penamat.

Hadiah kepada semua pemenang di sampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Ab. Aziz Kaprawi.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite