NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


Loddo kembali temui rentak kayuhan juara
Berita Harian, 14/2/2008

SELEPAS empat peringkat dilalui penuh debaran, barulah juara lima peringkat musim lalu, Alberto Loddo berjaya memecah kebuntuan untuk memenangi saingan kelima dari Johor Bahru ke Bandar Penawar, Johor pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), semalam.

Mungkin kecewa apabila pesaing utamanya, Danilo Hondo mencatat kemenangan pertama kelmarin, pelumba Tinkoff Credit Systems itu bangkit garang pada perlumbaan dengan jarak 139.9 kilometer itu bagi mengesahkan kemenangan dengan catatan 3 jam 07 minit, 53 saat.

Bermula di Johor Bahru, semua 143 pelumba sudah berasak-asak untuk membuat pemecahan dan setiap kali ia berlaku, peloton besar akan kembali mengejar tanpa memberi ruang untuk pelumba mencipta kelebihan.

Sehingga ke 10km terakhir, pelumba Credit Agricole, Nocolas Roche mula bertindak menarik pelumba lain keluar dari peloton besar sambil dikejar Jose Serpa dari Serramenti PVC Diquigiovanni-Selle Italia, lantas menghasilkan perlumbaan yang pantas.

Simon Clarke dari SouthAustralian.com pada satu ketika memimpin perlumbaan pada 3km terakhir sebelum kesempatan terhidang digunakan Loddo untuk mencelah pada 400 meter terakhir.

"Pasukan kami berkayuh dengan baik hari ini. Semalam (kelmarin) kami kecewa kerana tidak mendapat apa-apa keputusan yang bagus tetapi kali ini kami dapat membaca strategi dengan betul.

"Tinkoff berjaya membuat pemecahan dan selepas itu kami dapat berehat seketika. Pada 400m terakhir, saya bersendirian dan 100m selepas itu saya melihat ada peluang dan bergerak dari kiri ke kanan untuk terus ke penamat," katanya yang menyertai Tinkoff musim ini dari pasukan lamanya, Selle Italia.

Pelumba berusia 29 tahun dari Cagliari, Itali itu hadir dengan reputasi besar kali ini apa lagi dia adalah pemenang Peringkat 1,4,5,6 dan 10 pada LTdL musim lalu selain menjuarai satu peringkat pada Jelajah Qatar awal tahun ini.

Dengan hanya empat lagi peringkat perlu dilalui, persoalan kini timbul sama ada Loddo akan mampu sekali lagi memenanginya dan pastinya pakar pecut itu memiliki tugas berat berdepan laluan pendakian selepas ini terutama di Bukit Fraser.

"Ia bergantung kepada keadaan sama ada saya boleh melakukannya atau tidak, setiap hari keadaan berubah dan saya akan cuba sekali lagi melakukannya," katanya.

Sementara itu, Matthieu Sprick terus mengekalkan Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, Shinishi Fukushima dari Meitan Hompo-GDR mengekalkan Jersi Biru buat empat peringkat berturut-turut manakala Aurlien Clerc merampas Jersi Hijau Raja Pecut milik Anuar Manan.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite