NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


Serpa 'timbul' kembali di Kuala Rompin
Berita Harian, 15/2/2008

KETIKA kelibat pakar pecut kerap kali menjadi tumpuan, Jose Serpa kembali menampilkan dirinya selaku antara pelumba terhebat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila mengungguli saingan Peringkat 6 dari Bandar Penawar ke Kuala Rompin, semalam.

Serpa, juara Peringkat 8 di Genting Highlands tahun lalu yang menobatkannya selaku pelumba nombor dua keseluruhan edisi ke-12 itu, tenggelam pada lima peringkat awal sebelum menamatkan saingan selaku juara dengan catatan 4 jam 26 minit 43 saat.

Pelumba Serramenti PVC Diquigiovanni-Androni Giocattoli itu memulakan kayuhan dengan baik pada perlumbaan sejauh 182.80 kilometer itu yang buat pertama kalinya menampilkan peringkat pendakian (KOM).

Skrip sama seperti Peringkat 1 terjadi, cuma kali ini 16 pelumba berjaya menjarakkan diri sebelum 50km pertama dan meneruskan kayuhan hingga ke penamat bagi mencpta kelebihan lebih lima minit.

Dan di penamat saingan, Serpa cekap menggunakan kelebihannya menerusi strategi bijak di laluan berselekoh bagi melintas garisan penamat - kejayaan kedua pasukannya selepas Danilo Hondo melakukannya pada Peringkat 3.

"(Pengurus pasukan) Gianni Savio bijak membaca kedudukan penamat sebelum perlumbaan lagi dan saya gunakannya ketika melakukan henjutan akhir.

"Pada selekoh terakhir saya berada di depan pada jarak 300m sebelum tamat dan saya berjaya melakukannya," kata pelumba berusia 28 tahun dari Colombia itu yang turut menang dua peringkat pada LTdL 2006.

Bagaimanapun, Serpa seakan mustahil untuk kembali ke kelompok 19 pelumba terbaik mahupun mencabar untuk Jersi Kuning selaku juara keseluruhan hasil kejutan pada Peringkat 1 apabila 19 pelumba mencipta kelebihan sehingga 23 minit.

"Sukar untuk mengawal perlumbaan di sini, Peringkat 1 sangat rumit tetapi saya akhirnya mampu juga mendapat kemenangan ini dan melakukan tugas selaku pelumba profesional," katanya.

Walaupun 19 pelumba dengan catatan terbaik yang dipimpin Matthieu Sprick selaku pemenang Jersi Kuning buat lima peringkat tidak berada dalam kelompok awal, mereka masih mendahului kira-kira lima minit dengan berbaki tiga peringkat untuk ditamatkan.

Dan Sprick masih mampu mengekalkan jersi miliknya walaupun sudah tiga peringkat dia hanya dipisahkan dengan satu saat berbanding pelumba Drapac Porsche, Mitchell Donker dengan catatan 23 jam 43 minit, 16 saat.

"Ia bukan mudah, satu saat tidak memberikan tekanan buat saya tetapi menjadikan saya lebih fokus. Lebih baik saya berada satu saat di depan daripada satu saat di belakang," katanya.

Peringkat semalam juga menyaksikan buat pertama kali Jersi Polka Dot Merah selaku Raja Bukit diserahkan kepada Chris Meschenmoser dari Team Ista hasil kejayaannya mengutip empat mata di Zon Pendakian di Bukit Jemaluang.

Shinishi Fukushima pula terpaksa melepaskan Jersi Biru selaku pelumba terbaik Asia kepada Park Sun-baek dari Seoul Cycling yang memiliki kelebihan selepas mencuri lima mata di Zon Pecutan 1 di Felda Pulai manakala Jersi Hijau masih milik Aurlien Clerc dari Bouygues Telecom.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite