Savini dinobat Raja Bukit
NST, 17/2/2008
BUKIT FRASER - Pelumba CSF Group
Navigare dari Itali, Filippo Savini menawan Bukit Fraser pada
Peringkat Kelapan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Temerloh
sekali gus menyarung jersi polkadot (merah) untuk dinobat sebagai
Raja Bukit, semalam.
Perlumbaan sejauh 127 kilometer itu turut
menyaksikan dua jersi bertukar tangan iaitu jersi kuning selaku
pendahulu keseluruhan dan jersi biru bagi pelumba terbaik Asia.
Savini berseorangan menuju garisan penamat
dengan masa 3 jam 12 minit 32 saat, 15 saat mengatasi Ruslan Ivanov
dari pasukan Serramenti PVC yang mencatat 3:12.47s di tempat kedua.
Dua lagi rakan sepasukan Ivanov, Jose Serpa
Perez dan Carlos Jos Ochoa masing-masing ketiga dan keempat dengan
mencatat masa 3:12.47s dan 3:13.15s.
Kejayaan Ivanov di tempat kedua membolehkan
dia merampas jersi kuning selaku pelumba pendahulu keseluruhan,
mengetepikan pemegang jersi sebelum ini, Matthieu Sprick dari
Bouygues Telecom yang menduduki tempat kelapan.
Saingan bagi pendahulu kategori Asia turut
bertukar tangan apabila jersi biru menjadi milik Shinichi Fukushima
dari pasukan Meitan Hompo, merampas dari pelumba sebelum ini park
Sung Baek dari pasukan Seoul Cycling.
Namun, jersi hijau bagi juara pecut kekal
milik Aurelien Clerc dari Bouygues Telecom apabila mengumpul 83
mata keseluruhan selepas tamat perlumbaan, semalam sekali gus
menafikan saingan pelumba sensasi tempatan, Anuar Manan yang terpaksa
berpuas hati di tempat kedua dengan 60 mata.
Sementara itu, Savinni berkata, pecutan
pada tiga kilometer terakhir membantunya mencatat kemenangan selesa
pada perlumbaan pertama kali diadakan ke puncak Bukit Fraser yang
menggantikan laluan pendakian ke Genting Highlands.
"Saya berdepan tiga pelumba Serramenti
PVC sentiasa mengekori selepas melakukan break-away. Saya memilih
jarak yang sesuai untuk memecahkan diri dari kelompok pelumba
Serramenti menuju ke garisan penamat tanpa mampu dikejar lagi,"
katanya.
<<
BACK
|