NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


Bukit Fraser cabaran terbuka buat pelumba
Berita Harian, 26/1/2008

PELUMBA yang menyertai edisi ke-13, Le Tour de Langkawi 2008 (LTdL) menyifatkan pendakian ke Bukit Fraser sebagai ‘sama sukar’ dengan pendakian ke Genting Highlands, dengan ada di antaranya meramalkan saingan menjadi lebih terbuka dan menarik dalam jelajah yang akan bermula di Alor Setar, 9 Februari ini.

Beberapa pelumba yang sedang menyertai jelajah Tour Down Under sependapat betapa ketiadaan Genting tidak akan menjejaskan keseronokan dan tahap kompetitif jelajah tahunan terbesar Asia itu.

Bagi pelumba baru yang mengikat kontrak dengan pasukan ProTour Credit Agricole, Simon Gerrans, walaupun Bukit Fraser tidak curam dan setinggi Genting, cabaran yang tetap sukar menunggu pelumba.

“Saya tidak pernah mendaki Genting sebelum ini kerana ini penyertaan pertama dalam LTdL. Saya tidak pasti bagaimana rasanya mendaki Genting tetapi rakan sepasukan yang pernah berkayuh ke puncak itu memberitahu ia cukup sukar,” kata Gerrans yang kini bersaing dalam Tour Down Under di Adelaide, Australia.

Pelumba Australia, Matt Wilson, yang akan mengetuai pasukan baru Amerika Syarikat, Team Type 1, gembira mendengar kayuhan tahun ini akan menuju ke Bukit Fraser.

“Kali terakhir saya berkayuh di LTdL ialah 10 tahun lalu bersama pasukan kebangsaan.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite